1
Sidang 1
Sabtu, 28 November 2026
8.00 pagi – 12.30 tengah hari
- Institut Pengajian Siswazah
- Fakulti Keilmuan Islam
- Fakulti Sains Sosial
حفل التخرج الثامن والعشرون
Istiadat Konvokesyen bagi graduan tahun 2026.
28 & 29 November 2026 (18 & 19 Jamadilakhir 1448H)
Melaka International Trade Centre (MITC), Ayer Keroh
lagi menuju sidang pertama
Hadir mengikut sidang fakulti anda. Graduan berkumpul di Dewan Hall B, MITC selewat-lewatnya 8.00 pagi (sesi pagi) atau 2.00 petang (sesi petang). Graduan yang lewat tidak dibenarkan masuk.
1
Sabtu, 28 November 2026
8.00 pagi – 12.30 tengah hari
2
Sabtu, 28 November 2026
2.00 petang – 5.30 petang
3
Ahad, 29 November 2026
8.00 pagi – 12.30 tengah hari
Ikut urutan ini supaya tiada langkah tertinggal. Graduan yang tidak hadir istiadat tetap wajib menjawab SKPG dan membayar yuran konvokesyen.
18 Nov
Kajian Pengesanan Graduan KPT (SKPG) dibuka
Wajib. Cetak slip pengesahan untuk dibawa semasa ambil jubah.
24–27 Nov
Pengambilan jubah di Auditorium Ibnu Khaldun, UNIMEL
8.30 pagi – 12.30 tengah hari dan 2.30 – 4.30 petang
25 Nov
Tarikh akhir pengesahan kehadiran
27 Nov
Taklimat & raptai, 8.30 pagi di Dewan MITC
Hari akhir pengambilan jubah. Raptai tidak wajib.
28–29 Nov
Istiadat Konvokesyen di MITC
Pulangkan jubah selepas sidang anda.
8 Dis
Pengambilan sijil & transkrip di Kaunter BHEA
Melaka International Trade Centre (MITC)
Jalan Tun Abdul Razak, Hang Tuah Jaya, 75450 Ayer Keroh, Melaka
Graduan yang mempunyai tunggakan yuran atau denda tidak dibenarkan mengambil jubah, menghadiri istiadat, atau mengambil sijil dan transkrip. Semak baki anda selepas log masuk.
Lengkapkan Kajian Pengesanan Graduan KPT (dibuka 18 November) dengan No KP dan nama institusi Universiti Islam Melaka, kemudian cetak slip pengesahan. Tanpa slip, jubah tidak akan diserahkan.
Baju Melayu hitam bersama songket emas/hitam, jubah konvokesyen, mortarboard/bonnet/hud, stokin dan kasut hitam. Sandal tidak dibenarkan. Rambut pendek dan kemas; tinggi songkok 3–4 inci. Graduan bukan Islam dan antarabangsa: lounge suit hitam.
Baju kurung dan tudung putih bersama pakaian akademik. Stokin dan kasut hitam bertutup penuh. Kain belah, pendek, seluar, sandal dan niqab/purdah tidak dibenarkan. Graduan bukan Islam berpakaian sopan.
Maksimum 2 tetamu dengan kad undangan (diambil di kaunter fakulti semasa ambil jubah). Kanak-kanak bawah 12 tahun, kamera, perakam video dan telefon bimbit tidak dibenarkan dalam dewan. Lelaki berbaju batik; wanita berpakaian sopan menutup aurat.
Graduan dilarang berswafoto sepanjang istiadat, termasuk di atas pentas. Gambar rasmi hanya oleh jurugambar yang dilantik; bayaran gambar pentas wajib dibuat semasa ambil jubah.
| Sarjana & PhD | RM 400.00 |
| Sarjana Muda & Diploma | RM 300.00 |
| Jubah hilang / rosak | RM 400.00 / helai |
| Hud hilang (ijazah) | RM 100.00 / unit |
| Mortarboard hilang | RM 150.00 / unit |
| Bonnet hilang | RM 300.00 / unit |
| Selempang | RM 150.00 / helai |
Jubah wajib dipulangkan di MITC selepas sidang anda. Jika tidak, denda dikenakan dan sijil serta transkrip akan disekat.
Borang wakil dan pos juga boleh diisi terus dalam talian selepas log masuk — butiran anda diisi automatik.